Monday, 1 June 2020

NAJLAA BABY SKINCARE - 8 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir, Anda wajib tahu !


8 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir, Anda wajib tahu !

Menjaga bayi baru lahir merupakan tugas yang mencabar terutamanya buat mereka yang baru menjadi ibu bapa. Jadi, anda perlu tahu 8 langkah penjagaan bayi baru lahir ini dari hujung rambut hingga hujung kaki bayi yang dilahirkan itu.
1. Rambut dan kulit kepala
Kebanyakkan bayi lahir dengan 'kerak kepala' yang tebal dan sukar ditanggalkan dengan sekali cucian atau sekali buang sahaja. Ia perlu dilakukan berulang ulang kali sehingga kerak kepala tersebut habis tertanggal. Payah juga bukan?

Anak pertama saya, memang kerak paling tebal antara 4 orang anak ini. Ini belum berjumpa dengan produk najlaa. Guna minyak zaitun biasa sahaja bukan minyak J&* yer sebab J&* tidak berminyak sangat bagi saya. Terpulang....

Setelah jumpa najlaa, ia adalah yang terbaik untuk anak-anak saya.

Sapu minyak Essential Oil Najlaa sehingga lembap. Biarkan 1 jam. boleh cuba gosok-gosok sedikit dengan kain @ sisirkan (sikat) pelahan-lahan jangan sampai terluka. Tak keluar stop dulu, nanti buat lagi..
Kemudian Cuci rambut bayi menggunakan #Shower Bath Najlaa, ianya mild dan menggunakan bahan semulajadi, sesuai untuk kulit bayi.
Gosok rambut bayi perlahan-lahan dan bilas hingga bersih dengan air. Jangan sampai kena mata.
Boleh sapu minyak ESSENTIAL OIL semula selepas mandi dan lap rambut kering yer. Ulang langkah seperti tadi. tapi jangan beriya benar. Ia tidak boleh hilangkan kerak kepala dengan sekali buang. Mesti ambil masa yang lama, penting ibu-ibu kena rajin sikit untuk anak.
2. Mata bayi
Untuk membersihkan kotoran atau tahi mata, basahkan kapas bersih dengan air masak. Sapu dari arah dalam ke luar. Ganti kapas baru untuk membersihkan mata lagi satu.
3. Hidung dan telinga
Hidung sudah mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tak memerlukan penjagaan khusus. Tapi, jika ada cecair atau kotoran yang dilihat terkeluar, anda boleh bersihkan bahagian luar hidung mereka saja.
Sama juga dengan telinga, anda hanya perlu membersihkan bahagian luar telinga saja. Cuping telinga boleh dibersihkan semasa anda memandikan bayi anda dengan menggunakan kapas atau kain bersih.
Jika terlalu banyak dan risau boleh berjumpa doktor yang pakar ya. jangan sebarangan doktor. hahaha... ni serius dari pengalaman. walaupun bajet ketika tu tak banyak tapi kena sentiasa menyimpan untuk kecemasan anak-anak. mereka perlukan yang terbaik.

4. Mulut
Jika lidah bayi putih kerana susu yang mereka minum, basahkan kapas dengan air masak, sapu keluar putih susu tersebut. Pastikan tangan anda bersih supaya tidak menyebabkan jangkitan kuman.

Biasanya dari pengalaman yang paling mudah gunakan tuala bersih yang baru cuci, basahkan sedikit dan lapkan pada lidah dan seluruh bahagian mulut. Mesti perlahan-lahan ya. Tak keluar kali pertama nanti cuba lagi.
5. Tali pusat
Ini part paling orang tak tahu terutamanya jika anda baru nak dapat anak pertama. Saya pun dulu tak ada internet lagi nak cari informasi jadi selalu tanya misi sampai kena bising hahahaha... tak apa tanya untuk pengetahuan. Sebab saya tanya mentua dia pun tak tahu (teringat arwah mak, kalau beliau ada semuanya under control).

Tali pusat bayi biasanya akan putus satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Anda perlu berhati-hati, jangan biarkan tali pusat basah. Sentiasa bersihkan dgn kapas yang telah dibekalkan klinik dengan ubat pusat tu. Ubat tu boleh minta dekat misi semasa sesi lawatan ke rumah ataupun semasa pergi ke klinik. Kapas boleh beli di farmasi.
Anda boleh juga titiskan pada kapas itu #Herbal Oil Najlaa kalau ubat dah habis.

Boleh juga guna cucikan pusat selepas ia gugur dengan herbal oil. Tali pusat tu terpulang anda nak simpan atau buang!!!
6. Kulit
Anda boleh memandikan bayi sekali sehari di tab mandi. Biasanya pada waktu tengahari. Jika perlu, lap mereka dengan tuala basah pada waktu petang.
Pastikan air yang anda guna untuk mandikan bayi anda dalam keadaan suam. Gunakan shower bath Najlaa sebagai cucian.
7. Kuku
Potong kuku bayi bila ianya telah panjang. Potong secara berhati-hati dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi.
8. Punggung bayi
Punggung bayi adalah kawasan sensitif. Jika tidak dibersihkan dengan betul,dan dibiarkan basah ruam ruam merah akan muncul. Jadi, pastikan ianya sentiasa kering dan bersih.
Anda juga boleh menggunakan Herbal #cream Najlaa selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.



Copyright to KEDAI ONLINE ALYA
Designed by UMIESUEstudio 2016