Lambat update sebab kekangan masa....sorry korang
Sebab utama update ni untuk mudahkan carian tempat yang pernah pi jalan.
Latest update kami dok search sebelum pi jalan banyak depa tak update. Yang dulu buka la ni dah tutup. Ada yang tutup sementara (renovate) ada macam dah tutup terus. Banyak kalau korang perasan muzium sekitar Perak ni dok pi asyik tutup ja. tak tau la kot hari kami pi tu cuti ka apa. Tapi search kat webiste muzium kata hari-hari buka. Hmmmm
Tarikh kami pi 22/03/2019 hingga 25/03/2019
Perjalanan dari Alor Setar ke Lumut mengambil masa lebih kurang 4 jam (jarak dalam 250km). Sampai di Lumut, singgah di Masjid Al Adly Lumut untuk solat Jumaat. Parking kereta di Station Bas tak jauh dari situ. Seberang jalan sahaja. Tak jauh dari Lumut Waterfront juga. Kiranya boleh nampak Papan tanda besar Lumut Waterfront tu dari Stesen Bas.
Gambar di Waterfront
Kemudian kami bertolak ke detinasi yang kami ingin pergi iaitu Teluk Senangin. Ingatkan dekat dengan Teluk Batik, rupanya jauh lagi. Ia Menghala ke Pantai Remis. Elok dah lalu dah patutnya ikut jalan Pantai Remis dalam perjalanan.
Checkin dan kemudian rehat-rehat sebelum ke pantai...
Betul2 depan pintu masuk pantai, chalet yang kami menginap. (Shhhh!!! tak dicadangkan chalet ni untuk famili terutama yang ada anak-anak kecil). Korang cari la chalet lain. Memang banyak tapi kena sedia maklum air mandi slow sikit yer. Aktiviti wajib mai sini adalah mandi manda.
Cuaca panas, mandilah lewat petang sikit. Jumaat memang tak ada orang. Hari minggu baru ramai dan cuti umum baru ramai orang.
Malamnya kami plan nak ke Lumut ronda-ronda dan makan-makan. Penjaga chalet bagi cadangan makan dekat Medan Selera ikan bakar Teluk Muroh belakang hotel Marina Cove Lumut. Katanya ikan fresh. Boleh-boleh ja la, ikan bakar dia kurang menyengat bagi kami yang kerap merasa makanan rata-rata tempat.
Rahmat- sebelah tu ja)
Hari ke-2
Melawat Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari. Lokasi berhampiran dengan Teluk Senangin. Melalui kawasan penternakan ayam yang luas, ladang-ladang kelapa sawit.
Dekat pusat segari ni, banyak info penyu....
Banyak penyu di sini. Sesuai untuk bawa kanak-kanak ke sini. Di sini mereka menetaskan telur penyu di satu kawasan khas yang tidak dibenarkan pengunjung masuk. Selepas telur menetas, anak-anak penyu dijaga di dalam sangkar yang ada kolam. Tak campur yang kecil dengan yang besar.
Penyu lagi
Selepas itu, kami search Muzium KD Rahmat tetapi malangnya ia telah ditutup. Terletak berhampiran/ sebelah Marina Wing sahaja.
Alang-alang lepak sat kat Marina Wing tapi tak dak orang. Dia buka malam-malam sahaja... ramai lepak n makan2 time malam.
yang warna putih tu la Muzium KD Rahmat
cari tempat lepak kt waterfront tapi panas. tak jadi nak lepak... Sebab anak-anak kecil...
Ronda-ronda sekitar. Pergi ke Telok Batik sekejap alang-alang dah sampai lumut ni. Kemudian berhenti di pantai Telok Batik minum coconut shake di sini. Ramai orang mandi juga di sini. Lebih meriah banding teluk senangin yg lebih private. Terpulang pada anda, nak privasi atau suka kemeriahan. Bagi saya saya suka yang kurang orang...
Balik ke Telok Senangin, anak-anak nak mandi lagi... Layan jer la seround lagi... Rugi la tak mandi... Ibunya jer tak dapat mandi sebab baby kecil lagi...Jadi kite lepak-lepak kat tepi pantai jer...
![]() |
tertidur baby |
Selepas mandi blackout pulak.. camner nak buat.. panas-panas ni, siap-siap keluar jalan-jalan cari makan, cari ikan bilis sekali....
keluar mkn kat Restoran Teluk Muroh. Cari kat pantai remis xjumpa. Sempoi juga la makanan kat sini. Tapi lambat sikit sebab orang ramai. Dari segi rasa dekat sini lagi ok dari Medan Selera Ikan Bakar.
Lepas dah kenyang, kite pergi cari beli ole-ole untuk bawa balik Kedah. Alang-alang kan, ikan bilis 'mata biru' dan makanan laut yang lain.... Kami beli kat Kedai Jamilah. Banyak kedai sekitar Lumut ni... Pilih jer yang mana berkenan...
Settle di Lumut balik tidur, sebab karan dah ada...
Esok pagi ke k.kangsar melalui jln lama, singgah di masjid kuala kangsar....
masjid diraja k.k (bkt chandan)
![]() |
cari gambar depan masjid dah hilang...huhuhu |
Cari muzium dekat area sini. Dah jumpa tapi tutup renovate sampai bila xtau. thn ni juga kot buka. Gambar dah hilang... Terletak dibelakang istana jer...
Gambar di Gelari Sultan Azlan Shah tutup juga. Jadinya ambil gambar kat luar jer la...
Misi mencari POKOK getah tertua di Malaysia... Cari punya cari sekali terlepas. Pokok dia dekat sangat dengan bangunan pejabat tanah sampai tak perasan.
![]() |
ni la POKOK GETAH tu... |
Petang sebelum balik, singgah ke Victoria Bridge pulak... Saja bawa depa kenal-kenal tempat sejarah... Lagipun sendiri pun belum pernah sampai....
Rugi kalau mai sini tak cari labu sayung... moh kite cari labu sayung...
Malangnya gambar hilang... jumpa nanti saya cuba update balik...
Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment