Melawan kanser dengan cara semulajadi
Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil supplement dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya macam takde sebarang perubahan yang positif lagi. Namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya sekiranya beliau terus berfikiran positif dan teruskan amalkan pengambilan nutrisi yang lengkap, pasti akan sembuh !
Setahun berlalu, pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh ! Bukan itu sahaja, tahap kesihatan beliau juga makin pulih. Beliau masih hidup ! Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.
Bermulanya bisnes supplement Dr. Shaklee
Pada tahun 1924, Dr Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ni, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan yang di pakejkan oleh beliau untuk di berikan kepada pesakit. Malang tidak berbau..
Sekali lagi beliau diuji.. 5 tahun selepas itu, pada tahun 1929, pusat rawatan beliau terbakar! Habis musnah segala rekod beliau. Semua musnah kecuali buku inspirasi daripada Elbert_Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great
Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi;
"When all else is destroyed, only the product of the mind exists."
Dr Forrest C Shaklee kemudian mengambil keputusan untuk fokus dan tumpukan perhatian kepada kajian berkaitan nutrisi. Beliau pilih untuk fokus membina tubuh badan yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Faham tak?
Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan? Kalau semua doktor fokus bantu yang dah ada penyakit, kenapa tidak beliau fokus bantu orang lain supaya usaha untuk sihat dan tidak dapat penyakit? Sunnatullah kan, hukum alam. Nak sihat, usaha.
Kemudian beliau berpindah. Ke Eugene, Oregon kemudian ke Oakland, California.
Selain membuat kajian, beliau juga banyak memberi talk umum, dan mendapat dua ijazah kehormat.
Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturapathy. Pada tahun 1935 beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College. Wah pernah jadi lecturer jugak lah atok kita ni! hihi
Beliau besara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Yelah lihatlah bagaimana beliau jaga apa yang ada di minda beliau semasa beliau sakit, dari kecik lagi.
Kalau kita dalam islam pon kan Allah suruh jaga apa yang kita fikir. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Fikir negatif, yang buruk-buruk, maka jadi lah ia satu doa dan menimpa betul-betul perkara buruk. Sebab tu kena fikir positif fikir yang baik-baik saja.
Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah kuasa alam. The Power of Nature. Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai "Thoughtmanship"
Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughtmanship ini. Ini menyebabkan beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Coomonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau di mainkan di corong radio di San Fransisco dan Oakland. Famous Dr Shaklee ni kan!
Penubuhan Shaklee Corporation
Pada penghujung tahun 1955, usia beliau waktu itu sudah 62 tahun. Dr Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Junior dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplement.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 april 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kelebihan supplement terlebih dahulu. Macam yang kami geng geng shaklee buat sekarang la :)
Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement Dr Shaklee memberitahu anak anaknya.
"Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.. " :)
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tinggi, akhirnya keluarga shaklee telah berjaya menbina satu perniagaan yang berkonsepkan Direct Selling.
Mengapa ia berkonsepkan direct selling? Kenapa tak letak sahaja di kedai kedai atau shopping mall ke? Terfikir tak?
Kerana Dr Forrest mahu kita benar benar membantu orang, dan berkongsi dari hati. Beli dekat kedai, siapa nak consult? Siapa nak follow up? takde kan?
Tapi dengan konsep direct selling ni. Kita lebih cenderung untuk membantu dengan ikhlas.
Sampai sekarang nama beliau kita sebut sebut.. vitamin apa? Shaklee hihihi.. Terima kasih atok, kisah atok sangat memberi inspirasi buat semua :)
Gambar noslagia sangat kan? Dr Forrest C Shaklee bertukar hadiah dengan Kol Sanders KFC (Sebotol basic H dengan Bucket ayam goreng) . Adakah anda tahu Kol Sanders merupakan seorang supervisor dalam shaklee pada waktu itu? Ok bangga kejap kalau p KFC. Ada kaitan juga dengan SHAKLEE..
Mereka adalah usahawan tersohor. Seorang memperkenalkan sistem networking (MLM) seorang lagi pula memperkenalkan sistem franchais. Shaklee adalah pelopor, yang PERTAMA sekali pioneer dalam bidang nutrisi dan Network Marketing.
Untuk beberapa point dalam entry ini saya kreditkan kepada :-
- Athirah Abd Razak
- Firdaus Azizi
- Haji Roslan
- Betty WoodhousE
- Asilah Bakri
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi membaca
SID SHAKLEE ALOR SETAR
AZMAH
#MTB #shaklee