Sunday, 20 September 2020

B COMPLEX WITH FOLIC ACID

 

                                                              B-Complex with Folic Accid

Perbezaan Shaklee:

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dlam pasaran sintetik.

BOTOL BARU B COMPLEX 2020


BOTOL LAMA SEBELLUM YANG BARU KELUAR

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan ini keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalh vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari.

Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.


Manfaat utama:

Ø  Menukar makanan kepada tenaga  -   bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

Ø  Melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Ø  Membantu tumbesaran – menggalakkan tumbesarn yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Ø  Rambut beruban dan gugur – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Ø  Baik untuk mata – mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penghilatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/ focus.

Ø  Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migraine, muntah-muntah, mabuk darat/laut.

Ø  Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit.

Ø  Mencegah perlcche – dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

Ø  Detoksifikasi – meredakan alahan.

 


 

Bagaimana memilih B-Complex yang baik..?

 

1.       Mengandungi kesemua 8 vitamin –B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakn dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).

2.       Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

3.       Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.

4.       Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).


Kenapa memilih B-Complex Shaklee

 

Cadangan Hidangan:

Untuk kesihatan berpanjangan                                   :1 biji sehari (selepas makan)

 

Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan                   :2-3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)

 

Mengapa urin menjadi kekuningan?

 

Ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

 Jadi jangan hairan dan risau bila kencing tiba-tiba menjadi kuning. Senang cakap dah vitamin color kuning mesti akan keluar kuning kan??? :)


Nota :       B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau herba yang banyak adalah sangat digalakkan.

 

SEBARANG KEPERLUAN MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI

AZMAH

FB : AZMAH SARIF

WASAP : www.wasap.my/60134591275

Monday, 1 June 2020

NAJLAA BABY SKINCARE - 8 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir, Anda wajib tahu !


8 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir, Anda wajib tahu !

Menjaga bayi baru lahir merupakan tugas yang mencabar terutamanya buat mereka yang baru menjadi ibu bapa. Jadi, anda perlu tahu 8 langkah penjagaan bayi baru lahir ini dari hujung rambut hingga hujung kaki bayi yang dilahirkan itu.
1. Rambut dan kulit kepala
Kebanyakkan bayi lahir dengan 'kerak kepala' yang tebal dan sukar ditanggalkan dengan sekali cucian atau sekali buang sahaja. Ia perlu dilakukan berulang ulang kali sehingga kerak kepala tersebut habis tertanggal. Payah juga bukan?

Anak pertama saya, memang kerak paling tebal antara 4 orang anak ini. Ini belum berjumpa dengan produk najlaa. Guna minyak zaitun biasa sahaja bukan minyak J&* yer sebab J&* tidak berminyak sangat bagi saya. Terpulang....

Setelah jumpa najlaa, ia adalah yang terbaik untuk anak-anak saya.

Sapu minyak Essential Oil Najlaa sehingga lembap. Biarkan 1 jam. boleh cuba gosok-gosok sedikit dengan kain @ sisirkan (sikat) pelahan-lahan jangan sampai terluka. Tak keluar stop dulu, nanti buat lagi..
Kemudian Cuci rambut bayi menggunakan #Shower Bath Najlaa, ianya mild dan menggunakan bahan semulajadi, sesuai untuk kulit bayi.
Gosok rambut bayi perlahan-lahan dan bilas hingga bersih dengan air. Jangan sampai kena mata.
Boleh sapu minyak ESSENTIAL OIL semula selepas mandi dan lap rambut kering yer. Ulang langkah seperti tadi. tapi jangan beriya benar. Ia tidak boleh hilangkan kerak kepala dengan sekali buang. Mesti ambil masa yang lama, penting ibu-ibu kena rajin sikit untuk anak.
2. Mata bayi
Untuk membersihkan kotoran atau tahi mata, basahkan kapas bersih dengan air masak. Sapu dari arah dalam ke luar. Ganti kapas baru untuk membersihkan mata lagi satu.
3. Hidung dan telinga
Hidung sudah mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tak memerlukan penjagaan khusus. Tapi, jika ada cecair atau kotoran yang dilihat terkeluar, anda boleh bersihkan bahagian luar hidung mereka saja.
Sama juga dengan telinga, anda hanya perlu membersihkan bahagian luar telinga saja. Cuping telinga boleh dibersihkan semasa anda memandikan bayi anda dengan menggunakan kapas atau kain bersih.
Jika terlalu banyak dan risau boleh berjumpa doktor yang pakar ya. jangan sebarangan doktor. hahaha... ni serius dari pengalaman. walaupun bajet ketika tu tak banyak tapi kena sentiasa menyimpan untuk kecemasan anak-anak. mereka perlukan yang terbaik.

4. Mulut
Jika lidah bayi putih kerana susu yang mereka minum, basahkan kapas dengan air masak, sapu keluar putih susu tersebut. Pastikan tangan anda bersih supaya tidak menyebabkan jangkitan kuman.

Biasanya dari pengalaman yang paling mudah gunakan tuala bersih yang baru cuci, basahkan sedikit dan lapkan pada lidah dan seluruh bahagian mulut. Mesti perlahan-lahan ya. Tak keluar kali pertama nanti cuba lagi.
5. Tali pusat
Ini part paling orang tak tahu terutamanya jika anda baru nak dapat anak pertama. Saya pun dulu tak ada internet lagi nak cari informasi jadi selalu tanya misi sampai kena bising hahahaha... tak apa tanya untuk pengetahuan. Sebab saya tanya mentua dia pun tak tahu (teringat arwah mak, kalau beliau ada semuanya under control).

Tali pusat bayi biasanya akan putus satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Anda perlu berhati-hati, jangan biarkan tali pusat basah. Sentiasa bersihkan dgn kapas yang telah dibekalkan klinik dengan ubat pusat tu. Ubat tu boleh minta dekat misi semasa sesi lawatan ke rumah ataupun semasa pergi ke klinik. Kapas boleh beli di farmasi.
Anda boleh juga titiskan pada kapas itu #Herbal Oil Najlaa kalau ubat dah habis.

Boleh juga guna cucikan pusat selepas ia gugur dengan herbal oil. Tali pusat tu terpulang anda nak simpan atau buang!!!
6. Kulit
Anda boleh memandikan bayi sekali sehari di tab mandi. Biasanya pada waktu tengahari. Jika perlu, lap mereka dengan tuala basah pada waktu petang.
Pastikan air yang anda guna untuk mandikan bayi anda dalam keadaan suam. Gunakan shower bath Najlaa sebagai cucian.
7. Kuku
Potong kuku bayi bila ianya telah panjang. Potong secara berhati-hati dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi.
8. Punggung bayi
Punggung bayi adalah kawasan sensitif. Jika tidak dibersihkan dengan betul,dan dibiarkan basah ruam ruam merah akan muncul. Jadi, pastikan ianya sentiasa kering dan bersih.
Anda juga boleh menggunakan Herbal #cream Najlaa selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.



Monday, 27 April 2020

SET KEHAMILAN DAN SET SELEPAS BERSALIN (PRENATAL & POSTNATAL SET) SHAKLEE

TAHUKAH ANDA PENGAMBILAN VITAMIN DAN MAKANAN TAMBAHAN KETIKA MENGANDUNG / HAMIL & SEMASA PANTANG SANGAT PENTING.

KENAPA PENTING
-Semasa hamil/ mengandung, ibu bukan saja perlu vitamin / makanan tambahan untuk kesihatan diri sendiri bahkan untuk bayi yang dikandung. kekurangan zat boleh menyebabkan ibu dan anak ang dikandung mengalami masalah kekurangan nutrisi dan boleh menyebabkan masalah semasa ingin melahirkan dan selepas kelahiran. 

Anda boleh google masalah2 yang dihadapi jika kekurangan nutrisi ini tidak diambil berat.

disini saya ingin berkongsi dengan anda antara supplement yang boleh diambil selain vitamin yang dibekalkan oleh doktor.

Saya adalah antara ibu yang kerap mengalami masalah HB low. 

HB low terjadi disebabkan oleh anemia atau kurang darah merah keadaan jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah aras normal. Kira-kira separuh daripada semua wanita hamil mengalami anemia kekurangan zat besi.

Sel darah merah ditugaskan membawa oksigen ke tisu tubuh anda dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Sehubungan itu, pelbagai risiko boleh berlaku pada diri anda dan bayi yang dikandung.
Sekiranya tahap hemoglobin anda rendah daripada 11.5 G/DL atau di aras yang berkemungkinan akan terus turun serta tidak dirawat dari awal, ketahuilah kesannya bayi boleh dilahirkan awal (pramatang), berat yang rendah atau bayi pucat.

Hal ini sangat berisiko kepada ibu dan anak. 

KENAPA PERLU VITAMIN, MINERAL DAN TENAGA SEMASA HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN?
- Untuk jangka masa panjang - untuk kesihatan dalaman dan luaran
- Untuk jangka pendek supaya boleh menjaga bayi dengan baik.


MARI SAYA KENALKAN ANDA DENGAN VITAMIN SHAKLEE YANG MEMBANTU RAMAI ORANG YANG BERMASALAH.

SET KEHAMILAN SHAKLEE (PRENATAL)
KELEBIHAN SET MENGANDUNG SHAKLEE DAN TESTIMONI ~ Supermom Vita Space

KESAN DARIPADA PENGGUNAAN SET INI.
- Sihat
- Cergas
- HB ok
- Masalah kesihatan kurang
- Anak dalam kandungan sihat dan lahir dengan mudah.







SET SELEPAS BERSALIN / PANTANG (POSTNATAL)
Shaklee Postnatal Set Review - The Buxom Babe

KESAN DARIPADA PENGGUNAAN SET INI.
- Badan menjadi sihat & cergas
- Susu menjadi lebih banyak -kesan dari pengambilan Alfalfa dan ESP
- Susu menjadi pekat dan anak cepat kenyang - ESP



Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya,

SID Shaklee Azmah Sarif
www.wasap.my/0195136565

#mtb2021



Sunday, 12 April 2020

SEJARAH SHAKLEE 
Ramai tidak tahu !!!
Tanda Soalan Watak Kartun Watak Imej Tanda Tanya Corak Tanda Tanya ...

Assalamualaikum semua..
Selamat petang... Time-time ni rasa lapang sikit nak update sikit kat blog ni.

Tahukah anda sejarah awal bagaimana tertubuhnya Shaklee...Mesti ramai yang tak tahu kan... ramai kawan-kawan rapat cakap, ooo macam tu ka... selama ni tak pernah dengar langsung pasai benda ni...


Founder Shaklee adalah DR FORREST C. SHAKLEE. Nama penuh beliau adalah Forrest Clell Shaklee. Jadi nama SHAKLEE ambil dari nama beliau.


Beliau dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Lowa US. Semasa dilahirkan, doktor telah sahkan beliau menghidap pengakit TUBERCULOSIS. Iaitu penyakit batuk kering dan diramalkan boleh hidup selama 8 tahun sahaja. Itupun dikatakan mungkin keadaan lemah & bed-ridden (seolah-olah mayat hidup life beliau nanti...


oleh itu, mak ayah beliau percaya dengan apa yang doktor sampaikan dan Forrest perlukan GOOD FOOD, FRESH AIR & LOST OF REST.


Ibu dan ayahnya merupakan pekebun (peladang). Disebabkan mereka sedih dengan keadaan anak mereka, mereka mengambil keputusan untuk berpindah dari Carlisle (situ kawasan lombong arang batu) ke tempat yang lauh dari kawasan bandar, iaitu Utara Lowa.


Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati keadaan alam sekitar. Bila matahari naik sahaja, beliau banyak menghabiskan masa diluar seorang diri. Memerhati keadaan sekelilinh dan berfikir. Beliau sedar akan penyakitnya tapi beliau seorang yang bijak dan pandai berfikir.


'Kalau kita selalu kaitkan alam ini dengan kehidupan yang akan berakhir dengan kematian, kenapa kita tidak fikir yang alam ini ada sesuatu yang boleh menyembuhkan?'




Satu quite dalam buku THE SHAKLEE STORY & rasa kagum dengan semangat Forrest ini adalah "He did not allow his illness to ruin his life".

Ibu beliau selalu minta tolong beliau untuk kumpul tumbuh-tumbuhan & herba untuk buat ubat tradisional. Ulam-ulaman kadangkala buat sebagai teh, salad dan sebagainya. Apabila beliau meningkat remaja, doktor sangat berpuas hati dengan tahap kesihatan beliau dan menyatakan penyakit beliau TERKAWAL.


BERMULA SEBAGAI SEORANG CHIROPRACTIC PRACTITIONER


Keadaan beliau tidak secergas remaja seusia beliau tapi beliau tetap gembira. Dr Forrest ketika ini banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'physical Magazine' yang menyatakan;


"Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit."



Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah alam semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan scene of chiropractic care.

Beliau kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J.Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, tapi beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer tang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan penyakit fizikal. Beliau percaya, perlu adanya sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.


Langkah pertama sebagai Nutritionist


Sewaktu menjadi chiropractic practitioner, minat beliau dalam bidang nutrisi makin bertambah. Beliau banyak membaca tentabg biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.

Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta supplemen PERTAMA di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan "Vitalized Minerals" yang sekarang dikelai sebagai VITALEA.

Terasa bangga pula makan Vitalea hihi

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa, dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 23 bilik rawatan. Pusat perubatan tersebut bukan hanya terdiri daripada Chiropractics, malah Osteopathy, Internists dan juga pakar bedah.

Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut, diberikan diet pemakanan yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau semakin hari semakin maju.


Dr. Forrest C. Shaklee, diuji dengan kanser pula



Memandangkan beliau suka mengkaji dan belajar benda baru, beliau banyak menghabiskan masa untuk mempelajari bidang baru pada waktu itu iaitu, X-Ray Diagnosis. Pada waktu itu, tahap kebahayaan terhadap exposure atau pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui.

Masuk tahun 1921, beliau mula bimbang..

Ada rasa sakit di bahagian pinggul kanan dan bahu kiri beliau. Kemudian beliau menemui doktor pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca dari kanser !

Kata pakar tersebut, untuk mengelakkan sel kanser dari merebak, lengan kiri dan kaki kanan harus dipotong. Aduhhh takkan nak kudung pulak lepas ni !

Tak berpuas hati, Dr. Forrest C. Shaklee mencari second opinion di Mayo Clinic, Rochester, tetapi result nya tetap sama, kanser.

Bayangkan..

Pada waktu karier beliau sebagai seorang doktor sedang melonjak naik, isteri beliau waktu itu sedang mengandung, dan mereka sudah mempunyai satu anak. Tak mampu rasanya menjadi seorang yang kudung kaki tangan.

Tapi Dr. Forrest C. Shaklee seorang yang sangat positif ! Kuat semangat ! Beliau bercakap berulang kali pada isterinya,

"Saya akan hidup !"

"Saya akan hidup !"

"Saya pasti boleh melakukannya !"

Begitu kuat semangat beliau. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa alam semulajadi. Tengok lah dulu doktor sahkan beliau hidup sampai 8 tahun sahaja, tapi berjaya je membesar sampai jadi doktor lagi. Lagipun memang sunnahtullah, nak sihat kena usaha kan?





















Melawan kanser dengan cara semulajadi

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil supplement dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya macam takde sebarang perubahan yang positif lagi. Namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya sekiranya beliau terus berfikiran positif dan teruskan amalkan pengambilan nutrisi yang lengkap, pasti akan sembuh !

Setahun berlalu, pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh ! Bukan itu sahaja, tahap kesihatan beliau juga makin pulih. Beliau masih hidup ! Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.



Bermulanya bisnes supplement Dr. Shaklee

Pada tahun 1924, Dr Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ni, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan yang di pakejkan oleh beliau untuk di berikan kepada pesakit. Malang tidak berbau..

Sekali lagi beliau diuji.. 5 tahun selepas itu, pada tahun 1929, pusat rawatan beliau terbakar! Habis musnah segala rekod beliau. Semua musnah kecuali buku inspirasi daripada Elbert_Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great

Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi;
"When all else is destroyed, only the product of the mind exists."

Dr Forrest C Shaklee kemudian mengambil keputusan untuk fokus dan tumpukan perhatian kepada kajian berkaitan nutrisi. Beliau pilih untuk fokus membina tubuh badan yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Faham tak?

Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan? Kalau semua doktor fokus bantu yang dah ada penyakit, kenapa tidak beliau fokus bantu orang lain supaya usaha untuk sihat dan tidak dapat penyakit? Sunnatullah kan, hukum alam. Nak sihat, usaha. 

Kemudian beliau berpindah. Ke Eugene, Oregon kemudian ke Oakland, California. 

Selain membuat kajian, beliau juga banyak memberi talk umum, dan mendapat dua ijazah kehormat.

Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturapathy. Pada tahun 1935 beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College. Wah pernah jadi lecturer jugak lah atok kita ni! hihi

Beliau besara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Yelah lihatlah bagaimana beliau jaga apa yang ada di minda beliau semasa beliau sakit, dari kecik lagi. 

Kalau kita dalam islam pon kan Allah suruh jaga apa yang kita fikir. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Fikir negatif, yang buruk-buruk, maka jadi lah ia satu doa dan menimpa betul-betul perkara buruk. Sebab tu kena fikir positif fikir yang baik-baik saja.

Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah kuasa alam. The Power of Nature. Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai "Thoughtmanship" 

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughtmanship ini. Ini menyebabkan beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Coomonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau di mainkan di corong radio di San Fransisco dan Oakland. Famous Dr Shaklee ni kan!

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, usia beliau waktu itu sudah 62 tahun. Dr Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Junior dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplement.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 april 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kelebihan supplement terlebih dahulu. Macam yang kami geng geng shaklee buat sekarang la :)

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement Dr Shaklee memberitahu anak anaknya. 

"Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.. "  :)

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tinggi, akhirnya keluarga shaklee telah berjaya menbina satu perniagaan yang berkonsepkan Direct Selling. 

Mengapa ia berkonsepkan direct selling? Kenapa tak letak sahaja di kedai kedai atau shopping mall ke? Terfikir tak? 

Kerana Dr Forrest mahu kita benar benar membantu orang, dan berkongsi dari hati. Beli dekat kedai, siapa nak consult? Siapa nak follow up? takde kan?

Tapi dengan konsep direct selling ni. Kita lebih cenderung untuk membantu dengan ikhlas.

Sampai sekarang nama beliau kita sebut sebut.. vitamin apa? Shaklee hihihi.. Terima kasih atok, kisah atok sangat memberi inspirasi buat semua :)


Gambar noslagia sangat kan? Dr Forrest C Shaklee bertukar hadiah dengan Kol Sanders KFC (Sebotol basic H dengan Bucket ayam goreng) . Adakah anda tahu Kol Sanders merupakan seorang supervisor dalam shaklee pada waktu itu? Ok bangga kejap kalau p KFC. Ada kaitan juga dengan SHAKLEE..

Mereka adalah usahawan tersohor. Seorang memperkenalkan sistem networking (MLM) seorang lagi pula memperkenalkan sistem franchais. Shaklee adalah pelopor, yang PERTAMA sekali pioneer dalam bidang nutrisi dan Network Marketing. 

Untuk beberapa point dalam entry ini saya kreditkan kepada :-
- Athirah Abd Razak
- Firdaus Azizi
- Haji Roslan
- Betty WoodhousE
- Asilah Bakri

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi membaca 

SID SHAKLEE ALOR SETAR
AZMAH
#MTB #shaklee

Thursday, 9 April 2020

SHAKLEE PROMO BULAN APRIL 2020 & RAMADAN 2020

Salam sejahtera semua,

Semoga semua berada dalam lindungan dan kerahmatan Allah... Walaupun dalam tempoh PKP ni just #stayathome....

Disini saya nak ceritakan sedikit mengenai promo bulan ni... Kelam kabut tak dapat nak cerita panjang dengan lebih awal lagi...

Sorry no saya cerita sikit dulu membership... korang tau dak harga membership sekarang hanya RM35 SEUMUR HIDUP...

Kita start dengan top 1 shaklee..

jeng jeng jeng ....

Vivix shaklee


BUY VIVIX TWIN PACK DENGAN HARGA 5% OFF - RP RM902.50 
FREE MEMBERSHIP ... wow boleh dapat dengan harga rM722 korang... jimat RM200++

PROMOSI DENGAN SETIAP PEMBELIAN UNTUK PUASA ... 10% UNTUK SEMUA TWIN PACK DI BAWAH...

WOW... WOW...WOW... 

INI SAMPAI 31 MEI 2020...



HARGA???

ok saya listkan harganya dekat sini supaya mudah korang bajet harga...

1. PERFORMANCE ORANGE TWIN PACK @10% OFF RM155.25

2. PERFORMANCE LEMON LIME & ORANGE TWIN PAKC @10% OFF RM211.50

3. CINCH SHAKE MIX-CAFE LATTE & CHOC TWIN PACK @10% OFF RM326.25
(SEMUA CINCH SHAKE TWIN PACK FLAVOR APA2 PUN SAMA HARGA)**


Ok

mai ler singgah sini ok...

AZMAH
AGENT SHAKLEE
#MTB SHAKLEE
Copyright to KEDAI ONLINE ALYA
Designed by UMIESUEstudio 2016