Wednesday, 9 January 2019

CARA SEMAK STATUS HALAL DI WEBSITE / TIPS CHECK HALAL PRODUK



Ramai yang tidak tahu. Kita boleh menyemak kilang/ premis makanan & bahan gunaan (kosmetik dan lain-lain) di dalam laman web yang telah disediakan oleh JAKIM.
Jom kenali logo yang disahkan oleh JAKIM. Hanya logo ini yang digunakan sekarang. Iiada logo Negeri lagi seperti 5-6tahun lepas. Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:


Bahagian halal JAKIM telah lama bertindak sebagai medium untuk orang ramai berhubung dan memantau produk supaya selamat di makan oleh umat Islam terutamanya dari segi halal.
Kebanyakan pegawai Halal sekarang telah terdedah dengan keselamatan makanan itu sendiri. Dan mereka juga akan merujuk kepada Standard Malaysia (MS1500:2009)  yang digunakan untuk halal seperti mana yang digunakan oleh KKM dan sebagainya. Dengan kata lain, JAKIM sekarang pun dah canggih. Tak macam dulu lagi.

Syarikat berdaftar boleh disemak halal di www.halal.gov.my/v4/
Pada Verify Halal Status : klik search – taip apa yang hendak dicari.

Saya suka makan biskut, anak-anak juga. Saya selalu semak makanan. Saya bagi cth disini… MUNCHY …syarikat buat biskut yang terkenal.





*boleh cari nama produk, nama syarikat, dsb…
Taip dan klik search tu…

Taraaa…. Dah keluar dah… pastu nak tahu juga produk apa yang dah dipohon halal. Tengok kat bawah syarikat tu ada gambar search/ kanta. Klik situ.


Selalu kilang ada halal diaorang kena pastikan semua produk yang dihasilkan di situ halal. Ada yang tiada dalam list insyaallah halal. Kecuali syarikat buat dipremis yang berlainan & peralatan semua berlainan yang tidak diistiharkan oleh syarikat berkenaan. Wallahualam…

Dah klik situ akan keluar macam ni…  check la apa produk yang kita beli tu ada dak…

Ok sampai sini jer untuk kali ni… harap ia membantu semua kawan2, saudara2, muslimin dan muslimat sekelian.
Yang baik elok saya kongsikan untuk memudahkan kita semua… mudah2an bermanfaat kepada semua…
Boleh komen sikit jika membantu…
Assalamualaikum…salam sayang muahhh

more info terbaru 2023 boleh ke latest post... TQSM


Copyright to KEDAI ONLINE ALYA
Designed by UMIESUEstudio 2016