Thursday, 3 October 2019

SHORT VACATION - BUKIT BENDERA

Bukit Bendera Penang. Sudah lama tak pergi. Last ke sana pada 2015 kalau tak silap.

Banyak sudah perubahan yang dibuat oleh Bukit Bendera. Perlu sedia duit sahaja. Semua kena bayaran. 
Boleh layari website penang hill

http://www.penanghill.gov.my/index.php/en/

Harga tiket untuk naik ke atas. Korang boleh google sendiri.

Categories Ticket Price (RM)
(RETURN/MyKid) Child 4 to 12 Years - Fastlane          20.00

(RETURN/MyKad) Adult - Fastlane                              40.00

(RETURN/MyKad) Adult - Normal                                12.00

(RETURN/MyKad) Senior Citizen ≥60 Years Old - Normal 6.00

(RETURN/MyKad) Senior Citizen ≥60 Years Old - Fastlane 6.00

(RETURN/MyKid) Child 4 to 12 Years - Normal             6.00

** Daily: 6.30a.m - 11.00p.m (Last train from top station)

Korang boleh naik se awal pagi dan turun lewat malam.

Pertama kali sampai di puncak Bukit Bendera dah boleh nampak satu perubahan yang tak ada pada last pi haritu. 

DARI MENARA TINJAU DEKAT KAUNTER TIKET

Apa yang best kat Bukit Bendera?

BANGUNAN DEPAN DI ATAS BUKIT BENDARA
Selepas tu kami mula berjalan ke tempat seterusnya. Ramai yang offer kami untuk masuk ke love park. Mula-mula seorang perempuan tu offer kami RM35 untuk satu famili (2 dewasa, 3 kanak2). Kami tak nak, jalan lagi pastu saja-saja ja tanya seorang lagi, dia offer kami RM30. Hehehe
BERBAYAR MASUK NI


BOLEH BERGAMBAR- CANTIK

Jadi tak tau nak jalan mana kami pun terima la yang RM30 ni (dia kira 2 dewasa RM10/orang, 2 kanak-kanak RM5/orang- yang Fikriyah 4 tahun dia tak kira). Jadi jimat la RM5 kat situ. Ingat best tapi biasa-biasa sahaja. Best la untuk bergambar bagai nak rak kat situ. Cantik untuk bergambar. Sesuai la kalau korang yang nak bergambar untuk pengantin tu.

Tempat lain yang kami lawati, jalan2 jer kat atas tu.

Selain tu boleh masuk museum toy dan rumah hantu... tak berbaloi kalau anak tak bagi kerjasama... huhuhu takut... harga rm10 (dewasa); rm8 (kanak-kanak). Ni antara gambar sempat ambil...
BUDAK TAKUT, TAPI LAST2 NAK MAIN 

ANTARA PATUNG YG BOLEH BERGAMBAR SEKALI
Rumah hantu /zombi budak2 takut nak masuk...huhuhu

Dua tempat tu ja kami masuk, ada lagi tarikan yang boleh anda sertai. ada laluan atas
Bayaran mahal sikit jadi bajet kami tak cukup nak masuk.

satu lagi boleh pusing-pusing naik kereta golf tu, caj dalam RM20-40 jarak 2km ja. (SORRY LUPA NAMA)... Nanti sempat saya edit... got to go

Traveling experience

Azmah



PROMOSI BULAN OKTOBER 2019

PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2019

Setiap bulan shaklee akan buat promosi produk-produk dia.

Bulan 10 ni mari kita lihat apa yang kita boleh jimat.


Antara manfaat dari OSTEMATRIX SHAKLEE adalah:

1. Menguatkan tulang 
2. Menguatkan gigi
3. Membantu mengatasi masalah kekejangan dan kebas-kebas
4. Mengurangkan stress
5. Mengurangkan masalah senggugut
6. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
7. Mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik
8. Mengelakkan osteoporosis
9. Mencegah obesiti
10. Membantu pengangkutan nutrien


KENAPA OSTEMATRIX ?

Calcium penting untuk tubuh badan kita. Gambar adalah menunjukkan kandungan kalsium yang terdapat di dalam OSTEMATRIX.

Ia merupakan sumber semulajdi yg mudah diserap tubuh. Keperluan kalsium untuk badan kita adalah sekitar 1000mg setiap hari... ulang SETIAP HARI...

Cukup tak apa makanan yang kita ambil setiap hari untuk bekalkan kalsium pada kita....

Kalau tak cukup inilah jawapannya....OSTEMATRIX SHAKLEE

#utamakanyanghalalituwajib

untuk maklumat tentang produk dan sebagainya
boleh hubungi saya,
whatapps 0195136565
agent shaklee alor setar Azmah







Monday, 2 September 2019

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2019

PROMOSI SHAKLEE BULAN INI SEPTEMBER 2019 !!!!

Assamualaikum sahabat-sahabat semua...

Mai kita tengok sikit apa yang best bulan September ni...

Promosi best adalah 

1. Nutriferon Granules yang mesti anda cuba....

❤ Beli twin pack Nutriferon dengan 5% diskaun! 


2 Boxes Normal Price RM 380
Harga PROMOSI RM 361
JIMAT RM 19 

❤ Beli 4 set twin pack Nutriferon, dapat 1 kotak lagi PERCUMA! PERCUMA (RM190)


8 Boxes Normal Price RM 1,520
Harga promosi sekarang RM 1,444
Jimat banyak RM 266 
(Including FREE 1 Box, FREE Membership & Cashback)

MURAH sesangat la tu... kalau tak der offer lagi mahal jadinya....

So, apa tunggu lagi mai whatapps saya sekarang
0195136565
  

Ada lagi ni...

2. YOUTH Perfect Pair 


YOUTH Moisture Lock Day Cream (indoor moisturiser)
Gabungkan kedua-duanya dalam regim kecantikan harian untuk kulit yang lebih muda, tegang, anjal dan lembab secara semulajadi.


Untuk kecantikan kulit wajah, nampak muda dan berseri-seri - YOUTH Perfect Pair adalah pasangan di antara YOUTH Age Defense Moisturiser (SPF 50) dan YOUTH Moisture Lock Day Cream. Kedua-dua moisturiser ini sekarang sedang dalam promosi iaitu pembelian dua item ini pada satu-satu masa akan di beri diskaun sebanyak 15% dari harga sebenar.


Promosi YOUTH Perfect Pair : 
Normal Price RM 453.75     (After Less only RM 373.75)
Jimat sebanyak RM 80! 
siapa nak bagi !!!!



3. Jom Shaklee

Peluang terbaik untuk menjadi ahli Shaklee tanpa sebarang bayaran! 

Pilih salah satu di antara pek Jom Shaklee dan terus nikmati diskaun tambahan 10%, keahlian PERCUMA, penghantaran PERCUMA dan CASHBACK. Set pilihan ialah :
  • YOUTH Starter Set
Normal Price RM 850
After Less RM 612
Super Saver RM 313 
(Including FREE Membership, Extra Discount 10% & FREE Delivery) 😍
CASHBACK = RM 25

  • Set Vitamin Asas Harian (Daily Essential Set)
Normal Price RM 1,022.50
After Less RM 736.20
Super Saver RM 361.30
(Including FREE Membership, Extra Discount 10% & FREE Delivery) 😍
CASHBACK = RM 35

  • Vivix Twinpack
Normal Price RM 950
After Less RM 684
Super Saver RM 341
(Including FREE Membership, Extra Discount 10% & FREE Delivery) 😍
CASHBACK = RM 34

Promosi lain: 





Jom jom .... tunggu lagi mai whatapps saya sekarang
www.wassap.my/60195136565
  




Sunday, 1 September 2019

TEMPAT MENARIK DI LUMUT - KUALA KANGSAR

Update terbaru tempat2 bestt sekitar Perak.

Lambat update sebab kekangan masa....sorry korang

Sebab utama update ni untuk mudahkan carian tempat yang pernah pi jalan.

Latest update kami dok search sebelum pi jalan banyak depa tak update. Yang dulu buka la ni dah tutup. Ada yang tutup sementara (renovate) ada macam dah tutup terus. Banyak kalau korang perasan muzium sekitar Perak ni dok pi asyik tutup ja. tak tau la kot hari kami pi tu cuti ka apa. Tapi search kat webiste muzium kata hari-hari buka. Hmmmm

Tarikh kami pi 22/03/2019 hingga 25/03/2019
Perjalanan dari Alor Setar ke Lumut mengambil masa lebih kurang 4 jam (jarak dalam 250km). Sampai di Lumut, singgah di Masjid Al Adly Lumut untuk solat Jumaat. Parking  kereta di  Station Bas tak jauh dari situ. Seberang jalan sahaja. Tak jauh dari Lumut Waterfront juga. Kiranya boleh nampak Papan tanda besar Lumut Waterfront tu dari Stesen Bas.


Gambar di Waterfront

Kemudian kami bertolak ke detinasi yang kami ingin pergi iaitu Teluk Senangin. Ingatkan dekat dengan Teluk Batik, rupanya jauh lagi. Ia Menghala ke Pantai Remis. Elok dah lalu dah patutnya ikut jalan Pantai Remis dalam perjalanan.

Checkin dan kemudian rehat-rehat sebelum ke pantai...

Betul2 depan pintu masuk pantai, chalet yang kami menginap. (Shhhh!!! tak dicadangkan chalet ni untuk famili terutama yang ada anak-anak kecil). Korang cari la chalet lain. Memang banyak tapi kena sedia maklum air mandi slow sikit yer. Aktiviti wajib mai sini adalah mandi manda.


Cuaca panas, mandilah lewat petang sikit. Jumaat memang tak ada orang. Hari minggu baru ramai dan cuti umum baru ramai orang.

Malamnya kami plan nak ke Lumut ronda-ronda dan makan-makan. Penjaga chalet bagi cadangan makan dekat Medan Selera ikan bakar Teluk Muroh belakang hotel Marina Cove Lumut. Katanya ikan fresh. Boleh-boleh ja la, ikan bakar dia kurang menyengat bagi kami yang kerap merasa makanan rata-rata tempat.



Lepas makan ronda2 sekejap. Apa yang best malam2 tengok dekat Marina Wing (kalau search Muzium KD
Rahmat- sebelah tu ja)



Hari ke-2

Melawat Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari. Lokasi berhampiran dengan Teluk Senangin. Melalui kawasan penternakan ayam yang luas, ladang-ladang kelapa sawit.

Dekat pusat segari ni, banyak info penyu....

Banyak penyu di sini. Sesuai untuk bawa kanak-kanak ke sini. Di sini mereka menetaskan telur penyu di satu kawasan khas yang tidak dibenarkan pengunjung masuk. Selepas telur menetas, anak-anak penyu dijaga di dalam sangkar yang ada kolam. Tak campur yang kecil dengan yang besar.


Penyu lagi

Selepas itu, kami search Muzium  KD Rahmat tetapi malangnya ia telah ditutup. Terletak berhampiran/ sebelah Marina Wing sahaja.

Alang-alang lepak sat kat Marina Wing tapi tak dak orang. Dia buka malam-malam sahaja... ramai lepak n makan2 time malam.

yang warna putih tu la Muzium KD Rahmat



cari tempat lepak kt waterfront tapi panas. tak jadi nak lepak... Sebab anak-anak kecil...

Ronda-ronda sekitar. Pergi ke Telok Batik sekejap alang-alang dah sampai lumut ni. Kemudian berhenti di pantai Telok Batik minum coconut shake di sini. Ramai orang mandi juga di sini. Lebih meriah banding teluk senangin yg lebih private. Terpulang pada anda, nak privasi atau suka kemeriahan. Bagi saya saya suka yang kurang orang...

Balik ke Telok Senangin, anak-anak nak mandi lagi... Layan jer la seround lagi... Rugi la tak mandi... Ibunya jer tak dapat mandi sebab baby kecil lagi...Jadi kite lepak-lepak kat tepi pantai jer...

tertidur baby

Selepas mandi blackout pulak.. camner nak buat.. panas-panas ni, siap-siap keluar jalan-jalan cari makan, cari ikan bilis sekali....


keluar mkn kat Restoran Teluk Muroh. Cari kat pantai remis xjumpa. Sempoi juga la makanan kat sini. Tapi lambat sikit sebab orang ramai. Dari segi rasa dekat sini lagi ok dari Medan Selera Ikan Bakar.

Lepas dah kenyang, kite pergi cari beli ole-ole untuk bawa balik Kedah. Alang-alang kan, ikan bilis 'mata biru' dan makanan laut yang lain....  Kami beli kat Kedai Jamilah. Banyak kedai sekitar Lumut ni... Pilih jer yang mana berkenan...

Settle di Lumut balik tidur, sebab karan dah ada...


Esok pagi ke k.kangsar melalui jln lama, singgah di masjid kuala kangsar....
masjid diraja k.k (bkt chandan)
cari gambar depan masjid dah hilang...huhuhu

Cari muzium dekat area sini. Dah jumpa tapi tutup renovate sampai bila xtau. thn ni juga kot buka. Gambar dah hilang... Terletak dibelakang istana jer...


Gambar di Gelari Sultan Azlan Shah tutup juga. Jadinya ambil gambar kat luar jer la...


Misi mencari POKOK getah tertua di Malaysia... Cari punya cari sekali terlepas. Pokok dia dekat sangat dengan bangunan pejabat tanah sampai tak perasan.

ni la POKOK GETAH tu...

Petang sebelum balik, singgah ke Victoria Bridge pulak... Saja bawa depa kenal-kenal tempat sejarah... Lagipun sendiri pun belum pernah sampai....


Rugi kalau mai sini tak cari labu sayung... moh kite cari labu sayung...
Malangnya gambar hilang... jumpa nanti saya cuba update balik...

Thanks for reading.









Wednesday, 9 January 2019

CARA SEMAK STATUS HALAL DI WEBSITE / TIPS CHECK HALAL PRODUK



Ramai yang tidak tahu. Kita boleh menyemak kilang/ premis makanan & bahan gunaan (kosmetik dan lain-lain) di dalam laman web yang telah disediakan oleh JAKIM.
Jom kenali logo yang disahkan oleh JAKIM. Hanya logo ini yang digunakan sekarang. Iiada logo Negeri lagi seperti 5-6tahun lepas. Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:


Bahagian halal JAKIM telah lama bertindak sebagai medium untuk orang ramai berhubung dan memantau produk supaya selamat di makan oleh umat Islam terutamanya dari segi halal.
Kebanyakan pegawai Halal sekarang telah terdedah dengan keselamatan makanan itu sendiri. Dan mereka juga akan merujuk kepada Standard Malaysia (MS1500:2009)  yang digunakan untuk halal seperti mana yang digunakan oleh KKM dan sebagainya. Dengan kata lain, JAKIM sekarang pun dah canggih. Tak macam dulu lagi.

Syarikat berdaftar boleh disemak halal di www.halal.gov.my/v4/
Pada Verify Halal Status : klik search – taip apa yang hendak dicari.

Saya suka makan biskut, anak-anak juga. Saya selalu semak makanan. Saya bagi cth disini… MUNCHY …syarikat buat biskut yang terkenal.





*boleh cari nama produk, nama syarikat, dsb…
Taip dan klik search tu…

Taraaa…. Dah keluar dah… pastu nak tahu juga produk apa yang dah dipohon halal. Tengok kat bawah syarikat tu ada gambar search/ kanta. Klik situ.


Selalu kilang ada halal diaorang kena pastikan semua produk yang dihasilkan di situ halal. Ada yang tiada dalam list insyaallah halal. Kecuali syarikat buat dipremis yang berlainan & peralatan semua berlainan yang tidak diistiharkan oleh syarikat berkenaan. Wallahualam…

Dah klik situ akan keluar macam ni…  check la apa produk yang kita beli tu ada dak…

Ok sampai sini jer untuk kali ni… harap ia membantu semua kawan2, saudara2, muslimin dan muslimat sekelian.
Yang baik elok saya kongsikan untuk memudahkan kita semua… mudah2an bermanfaat kepada semua…
Boleh komen sikit jika membantu…
Assalamualaikum…salam sayang muahhh

more info terbaru 2023 boleh ke latest post... TQSM


Copyright to KEDAI ONLINE ALYA
Designed by UMIESUEstudio 2016