Friday, 20 May 2016

PROSEDUR PERMOHONAN HALAL -SEMAKAN STATUS HALAL DLL

Prosedur / Cara memohon sijil halal

Anda boleh layari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui detail mengenai cara-cara memohon sijil halal.

 Ni sambungan cara memohon halal yang saya explain haritu...

Di sini saya ringkaskan je untuk memudahkan anda memohon. Anda kena anda premis yang sesuai, pekerja islam 2 orang min bagi IKS. Kalau industri kecil paling kurang 1orang muslim. Yang ni boleh rujuk guideline yang disediakan. (Maaf kalau silap sebab tak tengok guideline masa taip ni...biasa dengan IKS).

Satu sijil halal boleh banyak produk.ratus2 pun boleh, satu je pun boleh....hehehehe

Ok, pastu ikut step ni.
1. Tengok bahan mentah @ ingredient yang digunakan untuk proses produk tersebut.
2. Cari @ minta sijil halal dari supplier. Kalau sijil halal jakim (malaysia) boleh cari dekat directory halal je,then print. Kalau ingredient tak ada halal macam mana? Minta supplier coa, msds,pds,flow process untuk buktikan ingredient halal.
3. Setelah itu, masukkan maklumat di dalam sistem myehalal yang kita dah register.
4. Selepas masuk dalam sistem semua maklumat yang perlu. Boleh tekan hantar.
5. Dalam masa 5 hari bekerja mesti hantar dokumen ingredient yang kita dah sediakan tadi dengan maklumat syarikat spt ssm,lesen pbt, plan layout, plan ke tempat kita dll. Rujuk senarai semak yang disertakan dalam myehalal.
6. Unit halal akan proses, kalau tak lengkap, diaorang akan minta lagi dokumen. Dah lengkap proses seterusnya.
7. Bayaran akan diminta,surat akan diemel atau difax ke pada kita. Bayaran iks biasa rm800, restoran hotel biasa rm200 mcm tu...boleh rujuk website halal. Bergantung kepada income syarikat. Kena bayar dalam masa 15 hari bekerja. Kalau ada masalah boleh hubungi orang yang handle.
8. Dah bayar, proses audit akan diaturkan. Tengok jadual juruaudit halal. Ikut Q la ye...hehehe
9. Audit selalu datang tanpa diberitahu, just prepare. Selepas selesai audit. Kalau tak ada masalah sijil akan dikeluarkan selepas jakim meeting.
10. Dapat sijil, yang original kena sign dan gantung ye..

Simple jer...tak cuba tak tau kan?.

Sesiapa tak faham boleh tinggalkan nota kat saya ye...atau hubungi saya.
Tq


Tuesday, 10 May 2016

Cara memohon halal dari JAKIM

Salam sejahtera,
Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat dan dilimpahi rezeki yang tidak putus- putus.

Sama ada anda bekerja sepenuh masa, separuh masa, sambil-sambilan atau sebagainya.

Jemputlah rezeki anda dengan cara yang halal. Semoga rezeki yang diperolehi halal dan berkat untuk keluarga dan anak2 khasnya.

Dah pun sebut mengenai halal tadi. Rezeki yang halal. Kerja yang halal. Produk yang halal macam man pula. Saya kongsikan sedikit berkenaan halal produk di sini. Details boleh hubungi saya di talian 0195136565. Boleh whatapps untuk tindakan segera.

CARA PERMOHONAN HALAL
 Ringkasannya:-
1. Buka laman sesawang www.halal.gov.my
2. Masuk ke sistem permohonan halal.
3. Daftar akaun syarikat.
4. Masukkan maklumat syarikat yg diperlukan.
5. Tekan daftar / register. Siap
6. Boleh dah register produk untuk halal
7. Untuk permohonan, login macam biasa, ikut step yang diminta. Done.
** untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya 0195136565**

Produk apa boleh di pohon halal
Boleh rujuk di dalam website juga.

Ini penerangan ringkas dapat saya berikan dalam waktu yang singkat ini. Got to go. Ada kerja perlu disiapkan.

Sampai berjumpa dalam siri lain akan datang. Tata
Copyright to KEDAI ONLINE ALYA
Designed by UMIESUEstudio 2016