Monday, 5 December 2016

PRODUK BERDAFTAR @ LULUS KKM

Seringkali kita dengar dan lihat orang menyatakan LULUS KKM produk ni...ADA KKM tak?

Apa yang anda faham tentang Lulus KKM ni...@ memang anda tak faham pun...orang cakap macam tu jadi saya cakap macam tu....pernah dengar kan ?

Mai sini akak explain sikit...akak xla pandai bebeno tapi ada la sikit ilmu nak share....

Macam ni sebenarnya, tiada istilah LULUS KKM Bagi produk makanan dan kosmetik malahan produk2 lain dipasaran. UBAT yang kita ambil dari doktor bertauliah shj yang LULUS KKM.

Macam mana supplement yang saya jual,kosmetik? Ada no NOT tu?
Itu adalah no pendaftaran produk.produk BERDAFTAR. Bukan LULUS KKM ye adik adik...😃😄😄

Tak faham lg jgn segan2 pm  saya @ wapps yer 0195136565...sedia membantu anda...terima kasih uoulls 😴😴😴good nite dear

Saturday, 20 August 2016

TRAINING GMP - Free consultancy for GMP/mesti application

Assalamualaikum...

Ramai yang tahu mengenai GMP tetapi tidak tahu kenapa perlunya GMP di dalam sesuatu proses di kilang.

GMP ringkasan untuk Good Manufacturing Practise. GMP banyak jenis, banyak sektor pemprosesan produk dan rujukan juga berbeza untuk setiap GMP yang digunapakai di Malaysia ini.

Di sini saya tak sempat nak terangkan dengan details. Mungkin dilain kali saya akan jelaskan dengan lebih terperinci berdasarkan kepada apa yang saya tah dan pengalaman saya.

Jika tuan puan perlukan details boleh hubungi saya di emel bahulucupcake@gmail.com atau add saya di fb azmah sarif. InshaAllah jika ada kelapangan saya akan menjawab.

Ada sikit kelapangan saya berikan sedikit lagi maklumat yang mungkin berguna untuk semua pengusaha makanan terutamanya.

Bantuan sediakan manual -training dan lain-lain
Saya pernah bekerja di kilang yang dibekalkan konsultan untuk menyediakan semua manual. Staf yang mengendalikan dan kontrol dokumen hanya goyang kaki (saya la tu...hehehe)...semua dah tersedia...sekali nak kemaskini tetapi konsultan langsung tak membantu. Konsultan biasanya tidak akan 'explain' apa-apa ketika memberi manual kerana diaorang naj kita bayar lagi diaorang. Macam mana saya dapat kemaskini tanpa bantuan konsultan?

Dari situlah saya terpaksa belajar sendiri. Ambil manual yang konsultan sediakan dan study sorang2. Akhirnya saya dapat (walaupun pada ketika itu ramai yang tidak suka saya-sebab dok mengadap pc ja xsembang....huhukhuk). Biarlah asal saya dapat apa yang saya nak.

Tuan/puan sekelian,
Saya disini ingin membantu, jika perlukan khidmat saya untuk buat manual GMP misalnya, saya akan berikan manual lengkap kepada syarikat anda dan akan explain sekali bagaimana nak buat. Cuma kena sediakan saya sekurang-kurangnya seorang pekerja yang boleh diberikan training untuk membuat manual yang diperlukan. Mudah kan. Inshaallah ilmu yang ada ingin dikongsi bersama.

Semuanya terpulang kepada anda...hendak seribu daya....tuan/puan boleh hubungi saya untuk mendapatkan sebarang konsultansi berkaitan.

Selamat malam.

Friday, 20 May 2016

PROSEDUR PERMOHONAN HALAL -SEMAKAN STATUS HALAL DLL

Prosedur / Cara memohon sijil halal

Anda boleh layari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui detail mengenai cara-cara memohon sijil halal.

 Ni sambungan cara memohon halal yang saya explain haritu...

Di sini saya ringkaskan je untuk memudahkan anda memohon. Anda kena anda premis yang sesuai, pekerja islam 2 orang min bagi IKS. Kalau industri kecil paling kurang 1orang muslim. Yang ni boleh rujuk guideline yang disediakan. (Maaf kalau silap sebab tak tengok guideline masa taip ni...biasa dengan IKS).

Satu sijil halal boleh banyak produk.ratus2 pun boleh, satu je pun boleh....hehehehe

Ok, pastu ikut step ni.
1. Tengok bahan mentah @ ingredient yang digunakan untuk proses produk tersebut.
2. Cari @ minta sijil halal dari supplier. Kalau sijil halal jakim (malaysia) boleh cari dekat directory halal je,then print. Kalau ingredient tak ada halal macam mana? Minta supplier coa, msds,pds,flow process untuk buktikan ingredient halal.
3. Setelah itu, masukkan maklumat di dalam sistem myehalal yang kita dah register.
4. Selepas masuk dalam sistem semua maklumat yang perlu. Boleh tekan hantar.
5. Dalam masa 5 hari bekerja mesti hantar dokumen ingredient yang kita dah sediakan tadi dengan maklumat syarikat spt ssm,lesen pbt, plan layout, plan ke tempat kita dll. Rujuk senarai semak yang disertakan dalam myehalal.
6. Unit halal akan proses, kalau tak lengkap, diaorang akan minta lagi dokumen. Dah lengkap proses seterusnya.
7. Bayaran akan diminta,surat akan diemel atau difax ke pada kita. Bayaran iks biasa rm800, restoran hotel biasa rm200 mcm tu...boleh rujuk website halal. Bergantung kepada income syarikat. Kena bayar dalam masa 15 hari bekerja. Kalau ada masalah boleh hubungi orang yang handle.
8. Dah bayar, proses audit akan diaturkan. Tengok jadual juruaudit halal. Ikut Q la ye...hehehe
9. Audit selalu datang tanpa diberitahu, just prepare. Selepas selesai audit. Kalau tak ada masalah sijil akan dikeluarkan selepas jakim meeting.
10. Dapat sijil, yang original kena sign dan gantung ye..

Simple jer...tak cuba tak tau kan?.

Sesiapa tak faham boleh tinggalkan nota kat saya ye...atau hubungi saya.
Tq


Tuesday, 10 May 2016

Cara memohon halal dari JAKIM

Salam sejahtera,
Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat dan dilimpahi rezeki yang tidak putus- putus.

Sama ada anda bekerja sepenuh masa, separuh masa, sambil-sambilan atau sebagainya.

Jemputlah rezeki anda dengan cara yang halal. Semoga rezeki yang diperolehi halal dan berkat untuk keluarga dan anak2 khasnya.

Dah pun sebut mengenai halal tadi. Rezeki yang halal. Kerja yang halal. Produk yang halal macam man pula. Saya kongsikan sedikit berkenaan halal produk di sini. Details boleh hubungi saya di talian 0195136565. Boleh whatapps untuk tindakan segera.

CARA PERMOHONAN HALAL
 Ringkasannya:-
1. Buka laman sesawang www.halal.gov.my
2. Masuk ke sistem permohonan halal.
3. Daftar akaun syarikat.
4. Masukkan maklumat syarikat yg diperlukan.
5. Tekan daftar / register. Siap
6. Boleh dah register produk untuk halal
7. Untuk permohonan, login macam biasa, ikut step yang diminta. Done.
** untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya 0195136565**

Produk apa boleh di pohon halal
Boleh rujuk di dalam website juga.

Ini penerangan ringkas dapat saya berikan dalam waktu yang singkat ini. Got to go. Ada kerja perlu disiapkan.

Sampai berjumpa dalam siri lain akan datang. Tata

Monday, 21 March 2016

STEP BY STEP CHECK NOTIFIKASI BPFK

Cara menyemak nombor KKM / BPFK

Ramai kawan2 belum tahu. Ada yang selalu bertanya, macam mana kak nak check not no kak.boleh ke check kak?
Di sini saya berikan cara paling mudah nak check.

Terdapat cara mudah untuk menyemak nombor notifikasi (NOT) @ MAL number....

Caranya mudah,
1. Masuk ke website bpfk.gov.my


2. Masukkan data pada sebelah kanan. Quest product search ok. Saya masukkan contoh seperti yang tertera



3. Klik pada petak hijau itu. Check status tu...then keluar macam ni.


4. Tada...dapat apa yang nak dicari. Contoh jer ni. Boleh la cari untuk kepuasan anda. Customer berhak memilih apa yang diaorang nak.

Andai anda keyin data tapi tak ada apa yang tertera, so produk tu anda kena check balik. Mungkin belum berdaftar.

Kalau masih ada yang tak faham boleh tinggalkan mesej ye...

Wassalam.

Tuesday, 15 March 2016

Perkhidmatan Khidmat Nasihat

Pendaftaran produk

Bagaimana nak daftar produk?

Apa produk yang perlu berdaftar, apa yang tak perlu...

Kita sering tertanya2, produk yang dikatakan daftar kkm tu mcm mana ye...
Biar saya explain sikit, biasanya produk kosmetik yang berdaftar dgn kkm menggunakan no NOT160032344K.contoh je... contoh lain depan dgn MAL -untuk ubat2 dan supplement... pembuka kata je ni...rajin nanti saya up date lagi...


Trademark?
Siapa nak daftar trademark, boleh la inform saya...boleh tolong sikit2 ....xada la mahir sangat tapi boleh la...

Anda boleh daftar trademark atas nama anda sendiri @ syarikat...ada nilai trademark ni...xnak guna boleh jual...makesure guna la tm tu...jangan saje2 trademark kan supaya orang lain tak boleh pakai, tak baik la macam tu...


Last buat hari ni... HALAL
* jika anda nak dapatkan sijil halal tapi tak tahu caranya, boleh hubungi saya. Nasihat free...kalau nak minta buat kena la sikit 'cas' ikut kemampuan anda...

Wassalam

Monday, 14 March 2016

Selamat Datang - hubungi saya

Semoga blog menjadi rujukan anda semua -dalam proses penambahbaikan


hubungi saya
0195136565 (azmah)
-dapatkan barangan bayi,ibu dll
- khidmat nasihat halal, trademark (cap dagangan), MESTI, GMP, HACCP dll





Copyright to KEDAI ONLINE ALYA
Designed by UMIESUEstudio 2016